FAQ

1. Bila boleh start minum selepas bersalin?
Boleh mula minum sehari selepas bersalin supaya dapat meransang penghasilan susu dengan lebih cepat lagi.

2. Jika saya bersalin secara pembedahan (czer), bila boleh saya mula ambil Maryam Milk Booster?
Boleh ambil selepas 1 hari bersalin.

3. Siapa yang tak tidak digalakkan minum Maryam Milk Booster? 
Ibu yang menyusukan anak yang mengalami kekurangan enzim G6PD kerana tiada kajian menyeluruh tentang kesannya.

4. Boleh ke ambil Maryam Milk Booster semasa hamil?
Sebenarnya semasa hamil tak perlu pun ambil sebarang milk booster. Sebab semasa hamil  hormone progesterone masih tinggi dan hormon ini dihasilkan oleh uri. Hormon nie akan merencatkan fungsi hormone prolaktin yang berperanan untuk menghasilkan susu, sebab bila ibu menyusu hamil susu akan berkurangan. Bila dah bersalin, hormone progesterone akan berkurangan sebab uri dah dikeluarkan. Pada masa nie barulah hormone prolaktin akan makin lama makin meningkat. Dan, semasa nie lah adalah masa yang terbaik untuk meransang penghasilan susu.

5. Kalau Baby ada alergi atau alahan, boleh minum ke?
Bergantung kepada allergi yang baby hadapi. Jika baby allergi kepada makanan, rujuk bahan yang terkandung dalam Maryam milk booster untuk pastikan tiada terkandung  sebarang bahan yang menyebabkan allergi anak anda. Jika allergi kulit. biasanya tiada masalah berdasarkan pengalaman dari pengguna mencuba Maryam Milk Booster.

6. Baby kuning boleh ambil?
Baby kuning boleh ambil sebab Maryam Milk Booster nie adalah hanyalah minuman supplement tambahan dan tak panas. Maryam milk booster ini akan banyakkan dan pekatkan susu ibu yang mana membantu ibu menghasilkan susu yang lebih banyak untuk diberikan kepada bayi yang menghidap sakit kuning. Menurut kajian, ubat yang terbaik untuk bayi menghidap sakit kuning adalah susu ibu.

7. Boleh ke ambil Maryam Milk Booster semasa datang bulan (period)?
Sangat digalakkan. Ia akan bantu menambah tenaga untuk ibu menyusu, kerana period boleh menyebabkan ibu menyusu keletihan dan tidak bermaya. Ini secara tidak langsung memberikan tekanan kepada ibu, dan seterusnya boleh kurangkan penghasilan susu.

8. Berapa lama boleh nampak kesan?
Kesan boleh dilihat seawal 1 – 3 hari daripada segi kualiti dan kuantiti susu bergantung kepada individu sebab metabolisme badan berlainan pada setiap orang.

9. Apa ramuan yg menyebabkan ia berkesan?
Maryam milk booster adalah formulasi laktasi yang mempunyai lebih kurang 10 bahan semulajadi yang terbukti mampu meningkatkan kualiti serta kuantiti susu. Coklat yang terkandung dalam Maryam Milk Booster mampu mengurangkan rasa tekanan, dan menjadikan ibu lebih relaks dan tenang untuk meransang  hormone oksotison bagi memudahkan let down refleks.

10. Apa rasa Maryam Milk Booster ni?
Rasa Maryam Milk Booster nie adalah sedap seperti milo atau minuman coklat panas lain yang sesuai dijadikan sebagai minuman ketika sarapan dan ketika snack malam. Malah kebanyakkan pelanggan terkejut, tiada langsung rasa herba yang muak dan memualkan.

11. Baby saya dah tak menyusu, boleh ke saya nak amalkan Maryam Milk Booster nie?
Tak ada masalah untuk amalkan Maryam milk booster sekiranya tidak menyusukan anak, kerana Maryam nie adalah minuman yang membantu memberi tenaga serta melancarkan proses penghadaman.

12. Bayi saya dah berhenti menyusu, susu pun dah tak ada, kalau ada pun beberapa titis sahaja. Saya bercadang untuk melakukan penyusuan semula (relaktasi). Boleh ke saya amalkan Maryam Milk Booster nie?
Boleh amalkan Maryam semasa melakukan relaktasi, tapi hendaklah disertai dengan membuat ransangan breast secara konsisten. Ini kerana proses relaktasi bukan sekadar hanya  ambil supplement. Paling penting adalah ransangan secara konsisten untuk direct feeding atau pam 15 – 20 mins setiap breast dengan kekerapan sebanyak 2 – 3 jam sekali atau 8 – 12 kali sehari sis.

13. Saya berhajat nak susukan anak angkat saya. Tapi, saya tak pernah mengandung dan melahirkan bayi. Bolehkan saya amalkan Maryam Milk Booster?
Proses cetusan penyusuan (induced lactation) bukan sekadar hanya  ambil supplement atau ubat sahaja. Sebab tu paling penting jumpa pakar laktasi untuk dapatkan nasihat penyusuan mengenaiu praktis penyusuan serta ubatan yang sesuai sepanjang proses cetusan penyusuan ini.
Boleh amalkan Maryam semasa melakukan cetusan penyusuan (induced lactation) tapi hendaklah disertai dengan membuat ransangan breast secara konsisten. Dan, jika mengambil ubat doctor sepanjang proses ini, dinasihatkan untuk jarakkan pengambilannya sahaja, tiada masalah untuk amalkan bersama.


No comments:

Post a Comment